Feb 27, 2013

hati oh hati .

assalammualaikum :)

tibe-tibe malam niyh aku rasa nak menangis . dan aku perlu kan seseorang untuk aku meluahkan . untuk bagi aku semangat tapi aku tak ade hala tuju :'(

sampai suatu ketika tuh , mata aku hanya ade rasa nak menangis je dan satu malam aku akan menangis sampai lah pagi esok mata membengkak macam bola golf , kepala jadi sakit macam besar sangat masalah negaranya . dalam hati tak ade siapa pun nya tahu sakit nya melainkan ALLAH S.W.T.. Dia lah yang sentiasa berada dengan kita . Dia yang maha mengetahui , Dia yang maha penyayang dan adil .

kata orang tua , buat baik berpada-pada , buat jahat jangan sekali .

tapi kata orang macam aku , buat baik berpada-pada , buat jahat sekali sekala .

bila kita jadi baik dan naif , kita macam kena pijak . walau pun kita tak perasan , walau pun kita tak kesah tapi hati kita yang terseksa . hati yang merana . lain pulak jadi bila kita melawan , kita lah jadi yang paling jahat , semua kita buat jadi tak kena . hati kita makin merana .

dah lama aku berlagak hati aku kental , dah lama aku tahan tangisan sebak di dada , semua aku simpan dalam hati , aku pendam sorang-sorang sampai aku pon terperap dalam bilik tak nak keluar .
dah terlalu lama aku simpan pendam perasaan di hati , mampu ke aku bertahan untuk teros disakiti ? perlu ke aku untuk angkat kaki dan berlalu pergi tanpa toleh ke belakang ? aku dah tak mampu , tak sanggup . tak sampai hati nak biar kan hati aku menangis lagi . yang pasti hati aku semakin layu , tiada yang indah  hanya kenangan yang tinggal :'(  

aku perlu kan semangat aku . aku tak perlu kan kata kata manis yang tak datang dari hati ikhlas . aku perlukan sesuatu yang jujur , tulus .

nota kaki : jumaat aku ade test entrepreneurship . omaigadd .


0 comments:

Post a Comment